Thursday 28 April 2011

Bisikan Cinta

Dalam dadaku
Ada cinta yang syahdu
menyelak helaian rindu
pada detik yang berlalu

Dalam ingatanku
ada cerita cinta kita
cinta sampai syurga
tanpa noda dan dosa

Pada langkah yang diatur
ku mencari jejakmu
hingga penghujung malam
mengharap lambaian kasihmu
menyinari kamar hatiku

dibawah sinaran mentari
warkah cintamu ku baca berkali
janji-janjimu yang termetri
tentang bahagia yang menanti

Wahai Kekasih
dengarlah bisikan cintaku
cinta abadi nan suci
seharum kasturi

Wahai Kekasih
kasihmu tidak bertepi
mengiringi dan meyinari
perjalanan yang panjang ini

Tiada noktah cintaku padamu
tiada cemburu tiada jemu
kerana ku tahu
hanya kau yang satu
menyelami hatiku

Nukilan
Rosie Azali
290420110957

0 comments: