Assalamualaikum wbr my brothers and sisters,
Tuesday, 14 August 2012
Ramadhan Datang dan Pergi
Posted by rosie azali at 10:04 0 comments
Friday, 20 April 2012
Asslamualaikum...long time no see.Lama betul tak update blog.Sibuk memanjang.Sibuk dengan kerja,sibuk dengan anak-anak,sibuk dengan ehem-ehem, sibuk dgn macam-macamlah.
Dalam kesibukan seharian, walau tak update blog,walau tak tukar status kat FB, walau tak contact kekawan, aku tetap disini kerana aku adalah aku. Hidup perlu diteruskan....
Pejam celik pejam celik,sampailah April 19. Kelmarinlah tu...hari ni 20 April...a a...apa? Birthday?Ya..ya...birthday sayalah tu...yang ke berapa...ehhh...mana boleh habaq...rahsia...apa? macam artis? taklah...saya tak rahsialah...nak tahu?kenapa?Nak bagi hadiah?Boleh..Apa salahnya...Ok...saya cakaplah ni...umur saya baru empat lima tahun...ha?Muda lagi?memanglah...tak sekolah lagi...enam tahun baru masuk tadika...apa kau cakap?Rupa macam Maktok?Ye ke? Auntie tak cantik dah? tadi kau kata aku macam Maktok,sekarang kau pangge aku Auntie?oh...tahu pun..memanglah..Aku bukannya tua sangat pun...rumah belum kata pergi, kubur belum kata mari...puji-puji aku cantik ni,kau nak apa?Kau kata aku gila?Betulkah aku gila?Mana ada...aku masih waraslah...
Aku tahu aku dah dimamah usia.Aku sedar aku bukan lagi seorang remaja.Aku juga sudah ada anak yang dewasa..usianya sudah dua puluh tiga.Dalam empat lima tahun lagi aku juga mungkin bergelar Opah atau Maktok atau Grandma...memang sah aku dah tua...Aku tak pernah kesal kecantikanku pudar kerana aku talah menyerahkan kecantikanku pada suamiku.Aku tak pernah kesal tenagaku kian lemah kerana dulu aku ligat mengatur segala keperluan suami dan anak-anakku.Aku tahu kini aku sukar bergerak cergas kerana sendi-sendiku sudah berkarat,berat badanku kian bertambah. Ada aku kisah?he3...
Aku adalah seorang wanita biasa...everyday woman.Aku lalui hidup macam wanita lain juga.pergi sekolah masa aku kecil,belajar macam orang lain.Bezanya ada antara mereka yg kandas, tapi aku diberi rezeki lebih oleh Allah. Aku pergi luar negara, aku bawa balik ijazah,seorang suami dan dua orang anak lelaki.seorang umur setahun empat bulan, seorang lagi 9 bulan..dalam kandunganku...hebatkan? Orang kampung,saudara mara ada yang pandang serong. Macam-macam dia orang cakap. Aku anak derhaka. Aku terlanjur dulu sebelum bernikah, nak sorok kandungan,kahwin kat oversea..Masa tu, panas juga telinga aku.tentu mak aku sedih memikirkan diriku. Ada orang kata kerana aku mak aku sakit,masuk ICU kat KL,kena pakai bateri.Kakak aku kata,mak dah lama sakit.Bukan kerana aku mak masuk ICU. Sekarang ni, aku baru sedar bahawa aku mungkin salah satu faktor menyebabkan mak aku sakit jantung.Ibu mana yang tak susah hati kalau anak daranya pergi oversea nak mengaji, tiba-tiba telepon cakap nak menikah.Kalau anak dara aku yang empat orang tu tiba-tiba talipon cakap nak kahwin, tentu aku terkejut,sakit jantung dan mungkin terus mati...
Aku memang bersalah pada ibu aku,tetapi bila memikirkan bahawa hidup kita seluruhnya berada dalam kekuasaan Allah SWT, aku rasa bukan salah aku, aku menikah di oversea. Allah yang mengatur pertemuanku dengan suamiku dan menjodohkan aku dengannya.Tapi bila fikir, Allah bagi aku aqal fikiran supaya fikir baik buruk tindakan aku, aku jadi confirm memang salah aku..hai..pening juga bila fikir...kan?
Aku tak kesal aku berkahwin dan perkahwinanku menyakitkan hati ibuku.Aku tak pernah berniat untuk berkahwin tanpa kehadiran ibuku.Taqdir Allah untukku itu adalah satu ujian untuk ibuku dan ibubapa mertuaku.Taqdir mereka tersurat untuk lalui ujian sebegitu.Alhamdulillah..Ibuku dan Ibubapa mertuaku semuanya understanding. Bila aku bawa balik suami dan anak sulongku yang comel dan montel, sejuk hati ibuku.Masa tu, dia berada diwad ICU HKL menunggu pembedahan jantung. Aku masih ingat kenakalan anak sulongku,membawa senyuman diwajah kecut ibuku...Suamiku pandai ambil hatinya, jadi semuanya OK.Alhamdulillah
Ibubapa mertuaku terlalu baik orangnya.Subhanallah.Aku amat bersyukur dapat ibubapa mertua yang akhirnya menyayangi aku seperti anak mereka sendiri.Kalau aku ditempat mereka, aku pasti mengamuk.Mana tidaknya, suamiku anak sulong mereka.Kalaulah anak sulongku menikah tanpa kehadiranku,bawa balik isteri dan dua anak, tentu tsunami melanda pada 8.9 skala Richter! My in-laws are truly angels.
Aku juga tak pernah menyesal berkahwin pada usia 21 tahun. Masa mula-mula kahwin, aku tak pandai masak. Aku masak kari ikan guna rempah kari daging. habis semua aku taruk. Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, semua ada. Suamiku makan, tak cakap apa2. Dia cuma kata, mak dia masak kari ikan rasa macam lain.Later on baru aku tahu, suamiku cakap macam tu sebab dia sendiri tak pandai masak.Bila dah balik Malaysia,one day, masa aku sedang masak, anakku melepas. Aku suruh suamiku masukkan santan dalam kari yang aku sedang masak tu sebab aku nak tukar lampin. Bila selesai aku pergi dapur.Suamiku kata semua dah masak. Kami pun makan nasi.Jeng..jeng..jeng...rupa-rupanya,dia masukkan kelapa terus dalam gulai tu...tak perah santan beb! Kali ni aku pula yang kata..awat berhampas semacam ja gulai ni....
Pengalaman paling kelakar dalam hidup aku ialah aku tak cam suami aku sendiri..Semaasa di Texas, kawan suamiku nama Mansur berdiri tepi kelas aku. Aku ingat suami aku, aku pun hampirinya dengan senyuman manis menggoda. Bila sampai dekat dengan dia, baru aku sedar tu bukan suamiku....malu giler kot! Rupanya dia menunggu isterinya Maimun...mereka adalah first couple yang kahwin di Texas. Aku dan suami second couple.Suamiku dan Mansur memang rupa seakan-akan. Rambut kerinting,kembang macam rambut Arumugam..Taklah besar macam tu...haa...lawak lah sangat! It was 90's dear...What do you expect?
What happened ever since?
Macam2....Kenangan suka duka bersama sekeluarga memang banyak. Kami diduga dengan kesusahan. Again, it was destined by Allah.Aku tetap bersyukur kerana aku diduga dengan masalah kewangan. Tahun 1997, Malaysia alami kegawatan ekonomi. Bisnes suami terpaksa gulong tikar.Anak 7 orang. 4 bersekolah. Semuanya dapat diatasi kerana rezki sememangnya hak mutlak Allah SWT. Aku bersyukur kerana anak2ku semunya sihat. Dalam tempoh kegawatan ekonomi, semua anak2ku sihat,aku sihat, suamiku sihat. Semua anakku lahir sempurna,tiada yang cacat cela.Comel-comel belaka. What more could I ask? Rezeki kerja Allah taala. Duit boleh cari!
It's true.Rezeki kerja Allah Taala. Now, everything is fine. Anak2ku semuanya pandai-pandai belaka.Aku amat yakin rezeki mereka akan lebih murah dan mereka juga akan bertemu jodoh dengan perempuan yg soleh dan lelaki yang solehah.
As for me, life goes on.......until I drop! Until then, smile and be happy....and
wait for my next post!!!!
200420121236
Posted by rosie azali at 09:38 0 comments
Monday, 15 August 2011
Restu
Dia muridku
ku ajar tulis dan baca
dengan kalam dan tinta
mengenali yang tersirat dan tertera
yang ilusi dan yang nyata
Dia muridku
lisannya mesra
sopannya mendamai jiwa
senyumnya pengubat duka
sentuhannya merantai kasih nan mesra
Dia muridku
tidakku harap balasan jasa
tidakku damba puji dan puja
tidakku tunggu sanjungan mulia
tidakku tagih ingatanmu jua
Dia muridku
dalam munajatku,kau menjelma
dalam hatiku, kau bertakhta
pada siangku,kaulah sinar
pada malamku,kaulah kejora
Nukilan
Roie Azali
150820111040
Posted by rosie azali at 07:28 0 comments
Friday, 22 July 2011
Rapuh
Satu jelingan satu senyuman
satu sapaan satu pertanyaan
Kawasaki Ninja ZX mengaum menghilang
bersama sigadis membonceng dibelakang
ditelan pekat malam yang kelam
dimana harga sebuah mahkota
dimana nilai sebutir mutiara
kemana hilangnya malu sidara
kemana lenyapnya wira teruna
lena nyenyakkah ayah dan bonda
anak hilang tidak bertanya
disatu sudut mereka bercengkerama
hanya dikau yang kucinta
tiada dua tiada tiga
kau satu satunya buah hati kanda
kanda saja dihati dinda
kita akan kahwin jangan curiga
wahai anak Melayu tercinta
cinta buta tiada mata
cinta nafsu musnah segala
cinta saja Allah yang Esa
cinta sejati pasti menjelma
cinta setia membawa kesyurga
bukalah minda bukalah mata
lihat sekelilng tengok dunia
terhampar segala untuk kau teroka
penuhi ilmu dan iman didada
kelak hidupmu pasti bahagia
cinta buta menagih airmata
cinta tak setia kelak kau merana
tanpa harga diri tergadai mahkota wanita
teruna ketawa penuh makna
tiada duka tiada nestapa
kau memberi aku merasa
katanya selamba
wahai anak permata bonda
jagalah diri jagalah nama
pelihara maruahmu janganlah alpa
wanita mulia disisi yang Esa
tinggi martabat doanya keramat
hidup mulia mendapat rahmat
nukilan
Rosie Azali
23072011136
Posted by rosie azali at 10:23 0 comments
Halfway to heaven
Hand in hand
you and I
bridged the journey
of a thousand miles
to the land of paradise
You and I
together we rode the sky
traveled in between cloud nine
in search of a door to heaven
Sudden strike of lightning
sent us tumbling and flying
away from each other
away from the seek door
All alone
I am groping in darkness
stranded in the valley of sorrow
with no promise of tomorrow
Time flying by
And here I am
standing nearby
looking up to the sky high
hoping for you to pass by
longing for the breeze of paradise
I could almost touch
the door to heaven
the moment of happiness
the time of togetherness
almost paradise
the flash of promises
shown in your eyes
are all lies
By
Rosie Azali
220720111000
Posted by rosie azali at 07:00 0 comments
Saturday, 18 June 2011
Jentayu
Antara Jentayu dan Garuda
tersimpan Hikayat Merong Mahawangsa
terlakar sejarah cinta Putera Maharaja Rom dan Puteri Maharaja China
menyentuh kekuatan Raja Sulaiman dalam agama
menjengah amanah Jentayu dan haloba Garuda
Abadi cinta dalam satu lagenda
cinta hamba kepada Allah
cinta sahabat kepada sahabat
cinta sang teruna kepada sidara
cinta Allah kepada makhlukNya
Satu hikayat
terbongkar berbagai hakikat
meluah seribu yang tersirat
yang benar sukar dipahat
yang jahat mendapat akibat
dalam bicara sastera
hanya dua yang utama
cinta dan kuasa
namun mereka alpa
hikayat menempa satu petanda
Allah maha kuasa dalam segala
Nukilan
Rosie Azali
16062011430
Posted by rosie azali at 01:22 0 comments
Thursday, 16 June 2011
Dancing Raindrops
Raindrops
dancing on tin roof
making ting ting sounds
penetrating my ears
opening my eyes
from a noon nap
I see mother
a basin in one hand
another stretching out
feeling raindrops
coming down
on bamboo floor
of our little home
Looking up
finding holes on the tin roof
putting down the basin on the bamboo floor
for the coming down raindrops
from a leaking tin roof,
Mother sigh a relief
Looking back
Father was never home
out in the open field
in rain and shine
making holes in earth
growing corns and grains
for a new tin roof
by
Rosie Azali
160620111152
Posted by rosie azali at 08:52 0 comments