Satu jelingan satu senyuman
satu sapaan satu pertanyaan
Kawasaki Ninja ZX mengaum menghilang
bersama sigadis membonceng dibelakang
ditelan pekat malam yang kelam
dimana harga sebuah mahkota
dimana nilai sebutir mutiara
kemana hilangnya malu sidara
kemana lenyapnya wira teruna
lena nyenyakkah ayah dan bonda
anak hilang tidak bertanya
disatu sudut mereka bercengkerama
hanya dikau yang kucinta
tiada dua tiada tiga
kau satu satunya buah hati kanda
kanda saja dihati dinda
kita akan kahwin jangan curiga
wahai anak Melayu tercinta
cinta buta tiada mata
cinta nafsu musnah segala
cinta saja Allah yang Esa
cinta sejati pasti menjelma
cinta setia membawa kesyurga
bukalah minda bukalah mata
lihat sekelilng tengok dunia
terhampar segala untuk kau teroka
penuhi ilmu dan iman didada
kelak hidupmu pasti bahagia
cinta buta menagih airmata
cinta tak setia kelak kau merana
tanpa harga diri tergadai mahkota wanita
teruna ketawa penuh makna
tiada duka tiada nestapa
kau memberi aku merasa
katanya selamba
wahai anak permata bonda
jagalah diri jagalah nama
pelihara maruahmu janganlah alpa
wanita mulia disisi yang Esa
tinggi martabat doanya keramat
hidup mulia mendapat rahmat
nukilan
Rosie Azali
23072011136
Friday, 22 July 2011
Rapuh
Posted by rosie azali at 10:23 0 comments
Halfway to heaven
Hand in hand
you and I
bridged the journey
of a thousand miles
to the land of paradise
You and I
together we rode the sky
traveled in between cloud nine
in search of a door to heaven
Sudden strike of lightning
sent us tumbling and flying
away from each other
away from the seek door
All alone
I am groping in darkness
stranded in the valley of sorrow
with no promise of tomorrow
Time flying by
And here I am
standing nearby
looking up to the sky high
hoping for you to pass by
longing for the breeze of paradise
I could almost touch
the door to heaven
the moment of happiness
the time of togetherness
almost paradise
the flash of promises
shown in your eyes
are all lies
By
Rosie Azali
220720111000
Posted by rosie azali at 07:00 0 comments
Saturday, 18 June 2011
Jentayu
Antara Jentayu dan Garuda
tersimpan Hikayat Merong Mahawangsa
terlakar sejarah cinta Putera Maharaja Rom dan Puteri Maharaja China
menyentuh kekuatan Raja Sulaiman dalam agama
menjengah amanah Jentayu dan haloba Garuda
Abadi cinta dalam satu lagenda
cinta hamba kepada Allah
cinta sahabat kepada sahabat
cinta sang teruna kepada sidara
cinta Allah kepada makhlukNya
Satu hikayat
terbongkar berbagai hakikat
meluah seribu yang tersirat
yang benar sukar dipahat
yang jahat mendapat akibat
dalam bicara sastera
hanya dua yang utama
cinta dan kuasa
namun mereka alpa
hikayat menempa satu petanda
Allah maha kuasa dalam segala
Nukilan
Rosie Azali
16062011430
Posted by rosie azali at 01:22 0 comments
Thursday, 16 June 2011
Dancing Raindrops
Raindrops
dancing on tin roof
making ting ting sounds
penetrating my ears
opening my eyes
from a noon nap
I see mother
a basin in one hand
another stretching out
feeling raindrops
coming down
on bamboo floor
of our little home
Looking up
finding holes on the tin roof
putting down the basin on the bamboo floor
for the coming down raindrops
from a leaking tin roof,
Mother sigh a relief
Looking back
Father was never home
out in the open field
in rain and shine
making holes in earth
growing corns and grains
for a new tin roof
by
Rosie Azali
160620111152
Posted by rosie azali at 08:52 0 comments
Thursday, 19 May 2011
Rimba Kenangan
Jalan penuh debu
berliku,berlopak dan
kala hujan basahi bumi
becak dan berselut
menyusuri Rimba Kenangan
Jalan lebar dua kaki
ku lewati berkali
bersama ibu waktu subuh sunyi
bersama lampu suluh minyak tanah
menerangi perjalanan kami
ke destinasi sendiri
Ibu belok kekanan
aku ke kiri
Ibu ke kebun mencari rezeki
aku ke sekolah mencari diri
Kini Rimba Kenangan ku lawati
bersama anak-anak dan suami
jalan lebar dua kaki tiada lagi
kebun getah juga berganti
rumah batu dikanan dan kiri
Rimba Kenangan kekal abadi
disudut memori didalam hati
disini ku kenali diri
menjadi insan sejati
menyambung lidah nabi
menyemai budi menabur bakti
Nukilan
Rosie Azali
190520111000
Posted by rosie azali at 06:45 0 comments
Sunday, 15 May 2011
Moments
Moments of thoughts
Thinking of the unforgettable
memories of heartaches
Moments of pains
eased by the never ending love
blessed upon me
Moments of realization
there are hopes in this life
for me
and you
as we are the chosen ones
to love and be loved........
By
Rosie Azali
160520111230
Posted by rosie azali at 09:30 0 comments
Thursday, 28 April 2011
Bisikan Cinta
Dalam dadaku
Ada cinta yang syahdu
menyelak helaian rindu
pada detik yang berlalu
Dalam ingatanku
ada cerita cinta kita
cinta sampai syurga
tanpa noda dan dosa
Pada langkah yang diatur
ku mencari jejakmu
hingga penghujung malam
mengharap lambaian kasihmu
menyinari kamar hatiku
dibawah sinaran mentari
warkah cintamu ku baca berkali
janji-janjimu yang termetri
tentang bahagia yang menanti
Wahai Kekasih
dengarlah bisikan cintaku
cinta abadi nan suci
seharum kasturi
Wahai Kekasih
kasihmu tidak bertepi
mengiringi dan meyinari
perjalanan yang panjang ini
Tiada noktah cintaku padamu
tiada cemburu tiada jemu
kerana ku tahu
hanya kau yang satu
menyelami hatiku
Nukilan
Rosie Azali
290420110957
Posted by rosie azali at 18:58 0 comments