Friday 23 November 2012

Dalam kesunyian malam,
tatkala insan lain diulit mimpi,
Aku dibayangi derita anak-anak kecil di Gaza,
hilang kedua ibu dan bapa,
syahid demi tanah tumpah darah tercinta.

Darah merah menyimbah bumi Gaza,
demi mempertahankan kesucian Al-Aqsa
Derita,airmata,kehilangan harta dan benda,
sudah sebati dengan jiwa
tiada lagi hilai ketawa...

PadaMu Ya Allah,
Ku pohon segala,
Selamatkanlah saudaraku di Gaza,
Rahmati mereka lindungi mereka,
makbulkan doaku demi Islam tercinta.

Thursday 6 September 2012

RESEPI BONDA- KARI IKAN PATIN

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan patin(sederhana bsr)
2 bungkus rempah kari ikan (cap apa pun xpa. Ikut kesukaan le)
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 sudu bsr halba campur
5 tangkai daun kari
2 sudu bsr asam jawa (perah ambil air)
6 biji bendi/2 biji terung bulat
3 biji tomato
Santan pekat (beli RM2 pun dah ckp)
4-5 cawan air
4 sudu besar minyak masak
garam
sedikit ajinomoto

Cara-caranya:
1. Cuci ikan, rendam dalam air garam + limau nipis selama 10 minit. bersihkan dan toskan
2.Sediakan bahan menumis. Mayang 5 ulas bwg merah, 3 ulas bwg putih + 3 tangkai daun kari + halba campur.
3.Sediakan rempah:- Bwg besar+3 ulas bwg putih ditumbuk dan campurkan dalam rempah.masukkan air sikit dan 2 tangkai daun kari.
4.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan menumis. Api jangan kuat.kacau sampai bawang jadi perang.
5.Masukkan rempah.kacau, tambah air setengah cawan.Api perlahankan. Kacau sampai naik minyak.Jaga jgn sampai rempah hangit ye!
6. Rempah dah btl2 masak bila naik minyak. So boleh masukkan 4 cawan air dan air asam jawa.Biar mendidih, masukkan ikan.Baik2 kacau nanti ikan patin hancur.Masukkan santan pekat.kacau perlahan-lahan kalau guna terung,masukkan terung sebelum ikan. kalau guna bendi boleh masukkan lepas ikan. tomato pun masukkan kemudian, nnti hancur.masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
7.kacau skali skala.make sure api perlahan.Ikan patin mudah hancur, so pandai2 la mengacau kari kome tu!
8.Bila dah pecah minyak, boleh tutup api.Hidang dengan nasi putih and sambal jawa tu!

06092012
326Thurs

Wednesday 5 September 2012

Resepi Bonda-Sambal Jawa

Bahan-bahan:

3-5 biji tomato masak
20 biji cili padi
2 labu bawang putih
3 inci belacan
4 sudu besar minyak masak
gula 2 1/2 sd bsr dan garam secukup rasa

Penyediaan bahan:

Tomato dipotong dadu
Cili padi dihiris nipis
Bawang putih dimayang nipis/dicincang

Cara memasak:

Panakan kuali.
Masukkan minyak.Bila minyak panas, tumis bawang putih sampai perang.Masukkan cili padi dan balacan.Kacau sampai belacan hancur dan air kering dan naik bau.Masukkan tomato,gula dan garam secukup rasa.Kacau sampai tomato lembek,air kering dan sebati. Tutup api. Biar sejuk. Tumbuk guna mortar and pestel...(lesung batu ler)
Hidang dgn nasi panas and ulam pucuk ubi rebus atau apa2 ulam pun bolehla....
Try le...sedap oooo

05092012
912wed

Tuesday 14 August 2012

Ramadhan Datang dan Pergi

Assalamualaikum wbr my brothers and sisters,

Ramadhan is going.  Today is the 26th day of Ramadhan. I haven't done much for the past 26 days. I have only read a few pages of the Quran.I was busy with God knows what, doing this and that. Nothing much to do with what pious people are doing! Mostly concerning my daily routine as a teacher and a mother.Time sure flies. If I am not mistaken, those who feel that time flies too fast have no 'barakah' in their life.OMG..am I one of them? Nau'zubillahiminzalik!
       Few days ago, I heard a talk on Ramadhan. Jibril(Gabriel) mentioned that those who leave Ramadhan without being forgiven by Allah are considered the unluckiest! Again, I thought about me being one of those people!!!
       Well,
Since Ramadhan is going in a few days, I would do my best to gain Allah's love. O Dear God, bless me!I can't turn the clock back, but surely these few days would be spent on things that would gain rewards..Come on brothers and sisters! let's do it. Allah is the most merciful and the most kind.

Friday 20 April 2012

Asslamualaikum...long time no see.Lama betul tak update blog.Sibuk memanjang.Sibuk dengan kerja,sibuk dengan anak-anak,sibuk dengan ehem-ehem, sibuk dgn macam-macamlah.
Dalam kesibukan seharian, walau tak update blog,walau tak tukar status kat FB, walau tak contact kekawan, aku tetap disini kerana aku adalah aku. Hidup perlu diteruskan....
Pejam celik pejam celik,sampailah April 19. Kelmarinlah tu...hari ni 20 April...a a...apa? Birthday?Ya..ya...birthday sayalah tu...yang ke berapa...ehhh...mana boleh habaq...rahsia...apa? macam artis? taklah...saya tak rahsialah...nak tahu?kenapa?Nak bagi hadiah?Boleh..Apa salahnya...Ok...saya cakaplah ni...umur saya baru empat lima tahun...ha?Muda lagi?memanglah...tak sekolah lagi...enam tahun baru masuk tadika...apa kau cakap?Rupa macam Maktok?Ye ke? Auntie tak cantik dah? tadi kau kata aku macam Maktok,sekarang kau pangge aku Auntie?oh...tahu pun..memanglah..Aku bukannya tua sangat pun...rumah belum kata pergi, kubur belum kata mari...puji-puji aku cantik ni,kau nak apa?Kau kata aku gila?Betulkah aku gila?Mana ada...aku masih waraslah...
Aku tahu aku dah dimamah usia.Aku sedar aku bukan lagi seorang remaja.Aku juga sudah ada anak yang dewasa..usianya sudah dua puluh tiga.Dalam empat lima tahun lagi aku juga mungkin bergelar Opah atau Maktok atau Grandma...memang sah aku dah tua...Aku tak pernah kesal kecantikanku pudar kerana aku talah menyerahkan kecantikanku pada suamiku.Aku tak pernah kesal tenagaku kian lemah kerana dulu aku ligat mengatur segala keperluan suami dan anak-anakku.Aku tahu kini aku sukar bergerak cergas kerana sendi-sendiku sudah berkarat,berat badanku kian bertambah. Ada aku kisah?he3...
Aku adalah seorang wanita biasa...everyday woman.Aku lalui hidup macam wanita lain juga.pergi sekolah masa aku kecil,belajar macam orang lain.Bezanya ada antara mereka yg kandas, tapi aku diberi rezeki lebih oleh Allah. Aku pergi luar negara, aku bawa balik ijazah,seorang suami dan dua orang anak lelaki.seorang umur  setahun empat bulan, seorang lagi 9 bulan..dalam kandunganku...hebatkan? Orang kampung,saudara mara ada yang pandang serong. Macam-macam dia orang cakap. Aku anak derhaka. Aku terlanjur dulu sebelum bernikah, nak sorok kandungan,kahwin kat oversea..Masa tu, panas juga telinga aku.tentu mak aku sedih memikirkan diriku. Ada orang kata kerana aku mak aku sakit,masuk ICU kat KL,kena pakai bateri.Kakak aku kata,mak dah lama sakit.Bukan kerana aku mak masuk ICU. Sekarang ni, aku baru sedar bahawa aku mungkin salah satu faktor menyebabkan mak aku sakit jantung.Ibu mana yang tak susah hati kalau anak daranya pergi oversea nak mengaji, tiba-tiba telepon cakap nak menikah.Kalau anak dara aku yang empat orang tu tiba-tiba talipon cakap nak kahwin, tentu aku terkejut,sakit jantung dan mungkin terus mati...
Aku memang bersalah pada ibu aku,tetapi bila memikirkan bahawa hidup kita seluruhnya berada dalam kekuasaan Allah SWT, aku rasa bukan salah aku, aku menikah di oversea. Allah yang mengatur pertemuanku dengan suamiku dan menjodohkan aku dengannya.Tapi bila fikir, Allah bagi aku aqal fikiran supaya fikir baik buruk tindakan aku, aku jadi confirm memang salah aku..hai..pening juga bila fikir...kan?


Aku tak kesal aku berkahwin dan perkahwinanku menyakitkan hati ibuku.Aku tak pernah berniat untuk berkahwin tanpa kehadiran ibuku.Taqdir Allah untukku itu adalah satu ujian untuk ibuku dan ibubapa mertuaku.Taqdir mereka tersurat untuk lalui ujian sebegitu.Alhamdulillah..Ibuku dan Ibubapa mertuaku semuanya understanding. Bila aku bawa balik suami dan anak sulongku yang comel dan montel, sejuk hati ibuku.Masa tu, dia berada diwad ICU HKL menunggu pembedahan jantung. Aku masih ingat kenakalan anak sulongku,membawa senyuman diwajah kecut ibuku...Suamiku pandai ambil hatinya, jadi semuanya OK.Alhamdulillah


Ibubapa mertuaku terlalu baik orangnya.Subhanallah.Aku amat bersyukur dapat ibubapa mertua yang akhirnya menyayangi aku seperti anak mereka sendiri.Kalau aku ditempat mereka, aku pasti mengamuk.Mana tidaknya, suamiku anak sulong mereka.Kalaulah anak sulongku menikah tanpa kehadiranku,bawa balik isteri dan dua anak, tentu tsunami melanda pada  8.9 skala Richter! My in-laws are truly angels.


Aku juga tak pernah menyesal berkahwin pada usia 21 tahun. Masa mula-mula kahwin, aku tak pandai masak. Aku masak kari ikan guna rempah kari daging. habis semua aku taruk. Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, semua ada. Suamiku makan, tak cakap apa2. Dia cuma kata, mak dia masak kari ikan rasa macam lain.Later on baru aku tahu, suamiku cakap macam tu sebab dia sendiri tak pandai masak.Bila dah balik Malaysia,one day, masa aku sedang masak, anakku melepas. Aku suruh suamiku masukkan santan dalam kari yang aku sedang masak tu sebab aku nak tukar lampin. Bila selesai aku pergi dapur.Suamiku kata semua dah masak. Kami pun makan nasi.Jeng..jeng..jeng...rupa-rupanya,dia masukkan kelapa terus dalam gulai tu...tak perah santan beb! Kali ni aku pula yang kata..awat berhampas semacam ja gulai ni....


Pengalaman paling kelakar dalam hidup aku ialah aku tak cam suami aku sendiri..Semaasa di Texas, kawan suamiku nama Mansur berdiri tepi kelas aku. Aku ingat suami aku, aku pun hampirinya dengan senyuman manis menggoda. Bila sampai dekat dengan dia, baru aku sedar tu bukan suamiku....malu giler kot! Rupanya dia menunggu isterinya Maimun...mereka adalah first couple yang kahwin di Texas. Aku dan suami second couple.Suamiku dan Mansur memang rupa seakan-akan. Rambut kerinting,kembang macam rambut Arumugam..Taklah besar macam tu...haa...lawak lah sangat! It was 90's dear...What do you expect?


What happened ever since?
Macam2....Kenangan suka duka bersama sekeluarga memang banyak. Kami diduga dengan kesusahan. Again, it was destined by Allah.Aku tetap bersyukur kerana aku diduga dengan masalah kewangan. Tahun 1997, Malaysia alami kegawatan ekonomi. Bisnes suami terpaksa gulong tikar.Anak 7 orang. 4 bersekolah. Semuanya dapat diatasi kerana rezki sememangnya hak mutlak Allah SWT. Aku bersyukur kerana anak2ku semunya sihat. Dalam tempoh kegawatan ekonomi, semua anak2ku sihat,aku sihat, suamiku sihat. Semua anakku lahir sempurna,tiada yang cacat cela.Comel-comel belaka. What more could I ask? Rezeki kerja Allah taala. Duit boleh cari!


It's true.Rezeki kerja Allah Taala. Now, everything is fine. Anak2ku semuanya pandai-pandai belaka.Aku amat yakin rezeki mereka akan lebih murah dan mereka juga akan bertemu jodoh dengan perempuan yg soleh dan lelaki yang solehah.


As for me, life goes on.......until I drop! Until then, smile and be happy....and


wait for my next post!!!!


200420121236